Harimau Malaya Di Uji Positif Covid-19

- Advertisement -

NEW YORK: Seekor harimau Malaya betina berusia 4 tahun di Zoo Bronx, New York City, dikesan positif Covid-19, lapor BBC.

Harimau dengan nama Nadia itu, dipercayai kes pertama membabitkan jangkitan ke atas binatang di Amerika Syarikat.

Nadia dan 6 ekor ‘kucing besar’ yang lain dipercayai mendapat jangkitan itu daripada seorang penjaga zoo yang bergejala.

Harimau itu mula menunjukkan simptom seperti batuk kering bulan lepas selepas terdedah kepada kakitangan zoo tersebut yang identiti nya tidak didedahkan.

“Ini adalah kali pertama yang kami tahu berlaku dimana-mana di dunia, manusia menjangkiti binatang dan binatang itu sakit”, kata Paul Calle kepada Reuters pada Ahad.

Terdapat beberapa kes terpencil binatang peliharaan dikesan positif Covid-19 di dunia, tapi pakar menegaskan tidak ada bukti binatang itu sakit atau menyebarkan penyakit itu.

En Calle berkata beliau berniat untuk berkongsi penemuan tersebut dengan zoo lain dan insititut yang mengkaji transmisi Covid-19 – Sumber

  • SuaraTV

Sumber gambar: Getty image

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat