Bedah siasat sahkan pegawai kastam maut dijerut – polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pegawai Tribunal Kastam yang meninggal dunia di Bangunan Perbendeharaan Putrajaya pada Rabu disahkan akibat dijerut.

Punca kematian pegawai 45 tahun itu disahkan selepas pemeriksaan bedah siasat dilakukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan maklumat terkini perkembangan kes berkenaan.

Kata beliau, pemeriksaan bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi forensik dari Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Sultan Idris Shah antara jam 11 pagi dan 1.30 petang tadi.

“Punca kematian adalah disebabkan oleh mampatan leher akibat tekanan di leher akibat jerutan,” lapor NST pada Khamis.

Pun begitu katanya, berdasarkan penemuan dan keterangan pakar, kes itu kekal diklasifikasikan di bawah laporan kematian mengejut (SDR).

Semalam media melaporkan, seorang pegawai tribunal rayuan kastam Kementerian Kewangan ditemui maut dalam Pejabat Perbendaharaan, kementerian itu di Putrajaya.

Berdasarkan maklumat awal, mayat lelaki berusia 45 tahun itu yang bertugas di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ditempatkan sebagai pegawai tribunal rayuan kastam, dijumpai dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan leher dan kaki terjerut ‘cable tie’.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat