“Rakyat jangan panik harga santan naik bermusim saja” – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat dinasihatkan untuk tidak panik dan terus menyokong usaha kerajaan dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kepada Dewan Rakyat, di bawah intervensi jangka pendek, KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membawa masuk sebanyak 640,000 biji kelapa tua setiap bulan daripada Indonesia, Sabah dan Sarawak bagi memastikan bekalan kelapa bagi kegunaan Semenanjung, terutama semasa musim perayaan, mencukupi.

“Sehingga 4 Mac 2025, FAMA dan FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACO) telah membawa masuk bekalan kelapa tua sebanyak 734,096 biji dari Negeri Sabah dan Negara Indonesia dengan nilai belian berjumlah RM1.615 juta.

“Bekalan kelapa tua tersebut seterusnya diedarkan oleh 42 buah Pusat Operasi FAMA ke pasaran melalui 509 buah outlet pemasaran FAMA seperti Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR), Pasar Tani, Pasar Tani Kekal. Sebahagian bekalan turut diagihkan kepada 16 pemborong dan 202 orang usahawan santan di seluruh negara.

“Langkah ini dijangka akan membantu menstabilkan harga dan memastikan kelangsungan bekalan kepada industri pemprosesan santan dan produk berasaskan kelapa lain.

“Oleh itu, rakyat dinasihatkan untuk tidak panik dan terus menyokong usaha kerajaan dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara,” kata Mohamad.

Menurut beliau, kenaikan harga santan adalah situasi yang bersifat sementara dan bermusim. Justeru rakyat diminta untuk panik.

“Kenaikan harga santan yang berlaku ketika ini adalah bersifat bermusim dan berkait rapat dengan faktor permintaan dan penawaran bekalan.

“Justeru itu rakyat diminta supaya tidak panik kerana KPKM sedang giat melaksanakan beberapa langkah intervensi segera bagi menangani isu ini,” katanya.

Jelas Mohamad lagi, sebelum ini, lambakan kelapa tua tempatan pernah berlaku pada tahun 2018, tahun 2020 dan terakhir pada tahun 2023.

“Lambakan kelapa tua tempatan ini berpunca daripada harga kelapa import yang lebih rendah daripada harga kelapa tempatan pada masa itu.

“Manakala kini, faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga santan adalah kerana permintaan yang meningkat tetapi bekalan pula berkurangan.

“Antara punca kekurangan bekalan kelapa tua adalah disebabkan oleh perubahan cuaca yang menjejaskan produktiviti tanaman kelapa di dalam dan di luar negara, serta kecenderungan petani tempatan untuk menjual kelapa muda berbanding kelapa tua yang diperlukan dalam pemprosesan santan,” kata Mohamad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat