Apple telah memperkenalkan MacBook Air baharu yang kini dikuasakan oleh cip M4, menjadikannya sehingga 2x lebih pantas berbanding model M1 dan sehingga 23x lebih laju daripada MacBook Air Intel. Dengan reka bentuk nipis, ringan dan tanpa kipas, ia menawarkan ketahanan bateri sehingga 18 jam serta sokongan untuk dua paparan luaran.
Spesifikasi Utama MacBook Air M4:
• Cip M4 dengan 10-core CPU dan hingga 10-core GPU
•Memori: Bermula dengan 16GB RAM (boleh ditingkatkan sehingga 32GB)
•Storan: Bermula dari 256GB SSD (boleh ditingkatkan sehingga 2TB)
•Kamera: 12MP Center Stage untuk panggilan video lebih jelas
• Paparan: Liquid Retina Display bersaiz 13.6” atau 15.3”, kecerahan 500 nits
• Sambungan: Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, 2x port Thunderbolt, MagSafe, dan audio jack 3.5mm
•Sistem Operasi: macOS Sequoia dengan Apple Intelligence untuk ciri AI yang dipertingkat

Prestasi Dipertingkat dengan M4:
MacBook Air M4 kini memberikan prestasi luar biasa dalam pelbagai tugas harian dan profesional:
✅ Microsoft Excel – Pengiraan spreadsheet sehingga 4.7x lebih pantas berbanding MacBook Air Intel dan 1.6x lebih pantas berbanding MacBook Air M1.
✅ Penyuntingan video di iMovie – Sehingga 8x lebih pantas berbanding MacBook Air Intel dan 2x lebih pantas berbanding MacBook Air M1.
✅ Penyuntingan foto di Adobe Photoshop – Sehingga 3.6x lebih pantas berbanding MacBook Air Intel dan 2x lebih pantas berbanding MacBook Air M1.
✅ Pelayaran web – Sehingga 60% lebih pantas berbanding komputer riba PC dengan Intel Core Ultra 7, dengan prestasi tugas berat yang 2x lebih laju.
Menariknya, MacBook Air kali ini hadir dalam warna baharu Sky Blue, selain Midnight, Starlight, dan Silver. Harga juga kini lebih mampu milik, bermula dari USD 999 (anggaran RM4,700) dan USD 899 (anggaran RM4,200) untuk pelajar.
MacBook Air M4 kini boleh dipra-tempah, dengan jualan rasmi bermula pada 12 Mac 2025. Apple Store Malaysia