PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melakukan OPS Kesan Pantau Pelaksanaan Kenaikan SST.
Tegas Menterinya, Datuk Seri Armizan Ali, KPDN komited memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga tidak munasabah di atas peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus ke 8 peratus.
Katanya lagi, tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga barang tidak munasabah dilakikan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AHKAP) 2011.
“KPDN komited memastikan peniaga disemua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga tidak munasabah di atas peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AHKAP) 2011,” katanya menerusi kenyataan Facebook KPDN, pada Selasa.
Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat dan bukti berkaitan kenaikan harga yang tidak berwajaran melalui saluran aduan kami, ujarnya

Terdahulu, berkuatkuasa 01 Mac lepas, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.