Muhammad Huzaimi dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS ke-7

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR -Bekas Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Hj. Muhammad Huzaimi Sabri telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) baharu berkuat kuasa pada 30 Januari 2025.

Muhammad Huzaimi dilantik Ketua Eksekutif MiDAS ke-7 itu bagi menggantikan Mejar Jeneral Dato’ Hj. Ya’cob Samiran yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Eksekutif MiDAS antara Ya’cob dan Muhammad Huzaimi telah disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef), Datuk Lokman Hakim Ali di Bangunan MiDAS, dekat sini pada Selasa.

Muhammad Huzaimi yang berpengalaman luas dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara pernah menjawat sebagai Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Panglima 2 Divisyen) dan PMB TD ke-24 pada 6 September 2023 hingga 3 Februari lalu.

Mindef dalam kenyataan berkata, majlis ini menandakan peralihan kepimpinan penting dalam institusi strategik pertahanan negara.

Menurutnya, MiDAS memainkan peranan utama dalam penyelidikan, analisis dan pembangunan dasar pertahanan serta keselamatan negara.

“Ianya, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh daya tahan pertahanan dan kesiapsiagaan strategik dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau dan global,”katanya.

Dalam pada itu, seluruh warga kerja MiDAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ya’cob atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang menerajui MiDAS.

Dengan pelantikan ini, MiDAS akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Muhammad Huzaimi.

Terdahulu, Muhammad Huzaimi telah menyerahkan tampuk pimpinan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat ke -25 dan penyerahan tongkat kuasa kepada Leftenan Jeneral Datuk Abd Malek Razak Sulaiman.

Majlis penyerahan ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi, dekat sini pada Isnin.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat