“Menarik cadangan Zahid, tapi sekarang saya masih berkecuali” – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih memilih berkecuali selepas dipecat keanggotaan daripada Umno.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu malah menegaskan beliau belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Sebaliknya, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, berkata buat masa ini beliau memilih untuk menjadi pihak berkecuali.

Ketika diminta mengulas amaran Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa mereka yang ingin ‘keluar sekejap’ boleh keluar selama-lamanya daripada parti itu, Khairy berkata, perkara itu masih belum difikirkan.

“Menarik cadangan Datuk Zahid, tapi saya belum fikir lagi nak ke mana lepas ni,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan buku Siri Kaedah Terus Membaca Edisi ke 10″ dan projek PERTIWI Project “Terus Belajar” lapor BH pada Khamis.

Menjawab soalan berhubung cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, supaya beliau menyertai Pas sekiranya mahu kembali aktif dalam arena politik, Khairy berkata, buat masa ini beliau bersikap terbuka.

“Saya bukan ahli mana-mana parti politik sekarang ni dan saya tidak terburu-buru. Buat masa ini, saya berkecuali,” katanya.

Keluar Sekejap adalah nama podcast yang dikendalikan oleh Khairy bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Podcast itu antara lain membincangkan pelbagai isu semasa termasuk politik dan sosial. Sehingga kini, siri berkenaan mempunyai sebanyak 141 episod dengan 358,000 pengikut.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipecat daripada Umno pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti ketika PRU-15.

Shahril pula dikenakan penggantungan selama enam tahun daripada parti pada Ogos 2022.

Pada Disember tahun lalu, Zahid dilaporkan berkata, Khairy dialu-alukan untuk kembali ke Umno jika dapat membuktikan komitmennya kepada parti.

Bagaimanapun, Khairy menyatakan bahawa beliau hanya akan menyertai semula parti itu sekiranya Zahid komited untuk menjadi Umno menjadi parti lebih baik.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat