Gara-gara kuda laut dari China, warga tempatan didenda RM30 ribu

- Advertisement -

SEPANG – Mahkamah Sesyen Sepang semalam telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 terhadap seorang lelaki warga tempatan setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mengimport 7,529 ekor kuda laut kering (20,374 gram) tanpa permit sah.

Tertuduh yang tiba dari China ke Malaysia, ditahan di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada 30 November 2023 oleh Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Pemeriksaan terhadap bagasi tertuduh mendapati dua buah bagasi hijau dan sebuah kotak coklat mengandungi kuda laut kering, yang merupakan spesies dilindungi, tanpa sebarang dokumen import sah.

Kes ini kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk tindakan lanjut kerana kuda laut adalah hidupan akuatik yang dilindungi di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Hasil siasatan yang dijalankan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10(a) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman terhadap individu yang mengimport atau mengeksport spesies terjadual tanpa permit.

Jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM38,000 dan hasil pemeriksaan yang dijalankan juga mengesahkan bahawa rampasan tersebut terdiri daripada kuda laut kering (Genus Hippocampus), manakala unduk-unduk kering daripada genus Corythoichtys dan Syngnathoides.

Kesemua spesies kuda laut (Hippocampus spp.) disenaraikan dalam Jadual
Ketiga Akta 686, yang mewajibkan permit sah untuk sebarang aktiviti import atau eksport.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Hakim Tuan Ahmad Fuad bin Othman di Mahkamah Sesyen Sepang, dan setelah tertuduh mengaku bersalah, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Selain itu, kesemua barang kes telah diperintahkan untuk dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

Keputusan ini merupakan sabitan pertama DOF di bawah Seksyen 10 Akta 686, yang menunjukkan komitmen jabatan dalam membanteras perdagangan haram spesies marin dilindungi.

DOF mengingatkan orang ramai bahawa sebarang aktiviti berkaitan spesies terancam hendaklah mematuhi perundangan yang berkuat kuasa bagi memastikan kelestarian biodiversiti negara.

DOF akan terus memperketatkan penguatkuasaan dan pemantauan bagi membanteras perdagangan haram hidupan marin yang diancam kepupusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat