Aktivis kebajikan Guru kecewa dituduh menghasut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia (Barakah) Lukman Moidin menafikan aduan yang dibuat terhadapnya atas dakwaan ingkar perintah atau hasutan berkait kematian seorang warga pendidik.

Lukman berkata merujuk pernyataan di media sosial yang telah dibuat aduan tentang dirinya berkaitan hantaran isu kematian seorang guru Ustazah Norashura Omar dan juga mengenai kes buli yang berlaku terhadap guru.

“Kami adalah Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia yang berdaftar secara sah dan sentiasa peka dengan isu dan permasalahan warga pendidikan yang memerlukan sokongan dan pandangan demi meningkatkan keupayaan dan keselesaan dalam kerjaya. Sebagai Pengerusi Pertubuhan ini, saya menerima pelbagai aduan termasuk dari Allahyarhamah Cikgu Norasyura Omar semasa beliau masih hidup

“Kematiannya menyebabkan pertubuhan amat terkilan dan sebagai individu yang dihubungi sendiri oleh Allahyarhamah saya bersedih dan menulis kisah dan pengalaman beliau.

“Tulisan tersebut juga tanpa menyebut nama sekolah / PPD atau JPN juga nama guru besar yang terlibat dalam isu tersebut dan saya merahsiakan identiti mereka yang terlibat dalam isu cikgu ini sebagai menjaga imej guru besar dan sekolah berkenaan.

“Tulisan ini dipadam pada 9 Oktober 2024 kerana menghormati kehendak bekas guru besar arwah yang menghubungi saya dan mahukan perkara ini diselesaikan secara baik. Saya masih menyimpan rekod perbualan dengan guru besar tersebut untuk pembuktikan. Saya merasakan isu tersebut bukan melibatkan ingkar arahan atau difikirkan sebagai satu kesalahan seperti yang ditetapkan JPA,” jelasnya dalam kenyataan media.

Dalam pada itu, Lukman juga menegsakan dia tidak membuat komen berbentuk serangan peribadi atau isu-isu yang melibatkan agensi dan seperti yang dilihat saya tidak menyebut nama atau sekolah guru besar yang terlibat.

Sebaliknya kata Lukman, penulisan kisah Allahyarhamah hanya sebagai panduan untuk pihak pentadbir bersifat keinsanan dalam mengurus organisasi kerana kes-kes buli dalam kerjaya memang sedang berlaku.

“Saya juga tidak terlibat dalam isu hasutan kerana tulisan tersebut juga merujuk kepada kenyataan media Menteri Pendidikan berkaitan isu buli yang berlaku terhadap guru oleh majikan yang turut disuarakan oleh Fadhlina iaitu “selalu kita dengar kes buli pelajar di sekolah, tapi saya dengar ada juga kes buli dari pihak pentadbir sekolah ini perlu
diberikan perhatian” dalam Majlis Jubli Emas 50 tahun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

“Sebagai sebuah NGO yang berperanan dalam isu kebajikan guru kami menghargai pandangan YB Menteri dan cuba membawa perkara ini agar diberikan perhatian.

“Saya menulis sebagai pandangan membina, cuba mengatasi isu dan mencari jalan penyelesaian agar kes buli dapat diatasi dan membangkitkan semangat untuk berkerja secara professional.

“Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyentuh isu kebajikan guru dan menyebut kebajikan pada guru harus dipertahankan dan pada masa yang sama harus melakukan perubahan, justeru sebagai NGO kami berperanan untuk menyampaikan suara dan hak mereka yang menjadi mangsa buli dalam organisasasi agar segala isu tersebut mendapat perhatian pihak PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk diatasi demi keharmoinan kerjaya keguruan Malaysia yang lebih baik.

“Saya tidak menghasut atau membuat kesalahan kerana pendedahan perkara ini asalnya telah dilakukan sendiri oleh Menteri Pendidikan dan saya menyokong pandangan tersebut berdasarkan aduan-aduan yang kami terima dari warga Pendidikan dan kejadian ini memang terjadi di sekolah termasuk pernah terjadi kepada diri saya sendiri.

“Sebagai rakyat Malaysia dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia saya merujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dan tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara serta semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

“Saya mengunakan hak saya sebagai Pengerusi Pertubuhan ini untuk menyatakan pandangan, teguran dan kritikan membina (tanpa menyentuh nama individu atau agensi yang terlibat dalam isu ini) melalui media sosial atau penulisan secara hikmah demi kebaikan organisasi tanpa melibatkan isu ingkar perintah atau hasutan seperti yang dituduh ke atas saya dan sentiasa bersedia ditegur jika terkhilaf atau terlanjur dalam usaha meningkatkan integrgiti sebagai penjawat awam,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat