Ada Ketua Bahagian gesa UMNO tarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ada Ketua-ketua bahagian menggesa UMNO menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan kerana tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal membantu parti mendapatkan semula Najib.

Gesaab itu dibuat pada perjumpaan tertutup khas antara Presiden dan ketua-ketua bahagian yang diadakan pada Ahad lepas.

Memetik FMT, ia susulan selepas bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapat pengampunan penuh berhubung kes SRC International, kata salah seorang ketua bahagian yang enggan namanya disiarkan.

Menurut pemimpin tersebut itu lagi, beberapa kumpulan ketua bahagian turut menghubungi Zahid secara peribadi berhubung perkara itu.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana gagal membantu parti mendapatkan semula Najib,” katanya.

Seorang lagi pemimpin yang juga tidak mahu namanya disiarkan juga, wujud ketegangan dalam parti, terutamanya dalam kalangan penyokong Najib.

“Mereka berharap Najib dapat pengampunan penuh, tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

“Kebanyakan antara mereka pada mulanya setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dengan harapan Najib akan diampunkan, sepertimana Anwar.”

Cadangan menarik diri daripada kerajaan ini bukanlah kali pertama bagi Umno. Pada Julai 2021, Umno turut menarik sokongan daripada kerajaan sebagai protes terhadap cara perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, menguruskan wabak Covid-19.

Terdahulu pada Ahad, hampir kesemua Ketua Bahagian UMNO bagi menghadiri satu perjumpaan khas yang diadakan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia dipercayai bagi menjelaskan kedudukan parti itu susulan pengumuman pengurangan tempoh hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat