KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menghargai restu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membenarkan kerjasama penyatuan orang Melayu yang dimulakan antara Umno dan Pas.
Akmal dalam hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, Umno diberi ‘lampu hijau’ untuk memulakan dan meneliti cara bagaimana untuk bekerjasama selepas ini demi penyatuan orang Melayu.
“Terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi kerana bersetuju dengan beberapa usul dari Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.
“(Ini melibatkan) kerjasama penyatuan orang Melayu dimulakan dengan dua parti terbesar orang melayu iaitu Umno dan Pas.
” Termasuk menolak mana-mana cadangan untuk “tebuk atap” kerajaan sedia ada.
“Insya-Allah parti boleh mulakan dengan meneliti cara bagaimana untuk bekerjasama selepas ini demi untuk penyatuan orang Melayu.
Ini masanya,” ujar Adun Merlimau itu.



