Long Tiger Dalam Tahanan Reman dan Kuarantin Di Penjara Sungai Udang – Polis Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Lelaki etnik Rohingya, Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, berkata Long Tiger, 33, direman dan dikuarantin bermula semalam sehingga 18 Januari ini.

Katanya, kertas siasatan kes lelaki itu sudah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Long Tiger masih direman di penjara atas kes lamanya iaitu Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah selain menjalani kuarantin 14 hari bermula semalam hingga 18 Januari.

“Polis Johor hanya menunggu arahan lanjut Pejabat Peguam Negara dan bersedia membuat pendakwaan sebaik suspek selesai menjalani reman dan kuarantin.

“Lapan suspek yang bersubahat dengan suspek yang berusia antara 30 hingga 40-an sudah dilepaskan atas jaminan polis pada 1 Januari lalu dan akan didakwa bersama suspek.

“Lapan yang bersubahat itu akan didakwa kerana bersubahat membantu menyembunyikan Long Tiger termasuk memotong gari, membeli kad sim, membeli telefon dan membeli pakaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Long Tiger dilaporkan meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, dipercayai dalam perjalanan menyelinap ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.

Long Tiger meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.

Sementara itu, Kok Chin berkata, Long Tiger didapati negatif COVID-19. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat