Anwar kecewa, marah kelewatan projek MyDigital ID, 5G

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau terpaksa melepaskan kemarahan dalam satu mesyuarat berkenaan dengan isu kelewatan projek MyDigital ID dan rangkaian kedua 5G.

Beliau mengakui berang semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) itu semalam.

Menurutnya pelaksanaan MyDigital ID itu telah lewat setahun manakala rangkaian 5G kedua masih tertangguh kerana rundingan projek itu tidak mendapat respons positif daripada Digital Nasional Bhd (DNB) dan syarikat telekomunikasi.

“Ada hal rumit yang berbangkit yang menyebabkan saya kurang sabar dalam dua tahun ini. Saya melahirkan rasa kemarahan agak keras sedikit semalam.

“Kadang-kadang harapan kita tinggi maknanya MyDigital ID pelaksanaannya terlambat hampir setahun. Ingatan kita satu tahun dulu belum dijawab secara positif oleh kedua-dua pihak (DNB dan Telco), ini menyebabkan saya hilang kesabaran.

“Kemudian urusan rundingan DNB (Digital Nasional Berhad) dengan syarikat telco juga tertangguh,” katanya berucap pada perhimpunan bersama kakitangan Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini, lapor Berita Harian.

Anwar dalam mesyuarat yang sama turut memohon maaf atas tindakannya yang mengundang rasa terkejut kepada kalangan mereka yang hadir termasuk menteri Kabinet.

“Saya dengan rendah diri (mohon maaf) walaupun kadang-kadang saya rasa langkah itu benar tetapi mungkin tidak perlu menunjukkan kemarahan dan kata-kata kesat begitu.

“Saya juga ada kekurangan sebagai orang biasa kerana harapan tinggi dan menggunung.

“Kadang-kadang bila tak kesampaian, saya lahirkan rasa (marah) dengan teman, menteri-menteri yang hadir (mesyuarat), mereka agak terkejut dengan sikap saya. Jadi saya mohon maaf setulusnya sebab kita lakukan sebaiknya (untuk negara),” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat