Adolf Hitler Menang Pilihanraya Di Namibia

- Advertisement -

NAMIBIA: Seorang ahli politik yang dinamakan sempena nama pemimpin Nazi Adolf Hitler, telah memenangi satu kerusi parlimen di Namibia.

Adolf Hitler Uunona, mewakili parti SWAPO yang memerintah negara selatan Afrika itu – mendapat 85 peratus undi dalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini, menegaskan bahawa dia “tidak ada kaitan dengan” ideologi Nazi yang dibawa Hitler.

Dia menegaskan: “Ayah saya menamakan saya dengan orang ini (Hitler). Dia mungkin tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan Adolf Hitler.”

Ironinya, kawasan yang diwakilinya menjadi penempatan kepada komuniti kecil berbahasa Jerman – berikutan banyak nama jalan dan tempat disitu masih mempunyai nama Jerman.

Namibia adalah negara dibawah pemerintahan kerajaan Jerman pada tahun 1884, sebelum negara itu dikeluarkan dari jajahannya setelah Perang Dunia Pertama tamat.

Uunona berkata, isterinya memanggilnya sebagai Adolf dan sudah “terlambat” untuk dia menukar namanya secara rasmi.

Bercakap kepada akhbar Jerman, Bild, dia menambah: “Ketika saya kecil, saya melihatnya sebagai nama yang benar-benar normal. Hanya ketika saya membesar, saya memahami bahawa lelaki ini ingin menakluki seluruh dunia.

“Hakikatnya, saya memiliki nama ini tidak bermaksud saya ingin menakluki Oshana,” jelasnya – merujuk kepada kawasan parlimen di mana dia menang dalam pilihan raya.

“Ini juga tidak bermaksud saya berusaha untuk menguasai dunia” – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat