PDRM Umum Sembilan Pertukaran Pegawai Kanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri adalah antara sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 4 Jan depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata Mohd Azman akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman SAC Baharudin Mustapha yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisian Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

“Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman SAC Rajagopal Ramadhass akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertukaran lain membabitkan Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak ACP Lim Meng Seah yang dilantik sebagai Ketua (D10) Fizikal JSJ Bukit Aman menggantikan ACP Shaikh Abdul Adzis Sh Abdullah.

Kenyataan itu menyebut Shaikh Abdul Adzis akan dilantik sebagai Timbalan Komander Bridged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam, Sarawak menggantikan ACP Hakemal Hawari.

Menurut kenyataan itu, Hakemal Hawari pula akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak.

Pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pelaburan Bersindiket/Kad Elektronik/Lain-Lain Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ACP Wong Ing Fung yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi), Perak.

Asmawati berkata tempat Ing Fung akan diganti oleh Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) Pulau Pinang ACP Ruslan Ibrahim.

Turut terlibat Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Noraziah Zakaria yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat