Sekarang era TV HD, jadi solekan kena betul

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit drama, Fadzil Teh menegur hasil solekan pelakon drama yang dianggap tidak sesuai dengan kualiti kaca televisyen dalam format definisi tinggi (HD).

Fadzil berkata, disebabkan ‘kesilapan’ itu wajah pelakon menjadi pucat dan tidak menarik ditonton.

“Solekan drama TV tak sama dengan solekan untuk majalah ya. Sekarang TV sudah HD, jadi kelihatan muka menjadi pucat, mulut merekah disebabkan solekan tak betul. Teguran ini bukan saja untuk semua jurusolek syarikat produksi, tapi pasukan saya juga. Diakui perkara sebegini sering terlepas pandang, tapi kesannya sangat besar apabila ditayangkan.

“Penampilan pelakon yang sepatutnya dilihat cantik bertukar sebaliknya. Serba tak kena apabila wajah kelihatan pucat. Memang betul solekan itu perlu disesuaikan dengan babak, tapi takkan semua nak kena nampak pucat?” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil mengakui terdapat segelintir pelakon baik wanita atau lelaki yang kurang gemar mengenakan solekan semata-mata untuk kelihatan semula jadi di kaca TV.

“Macam dikatakan tadi, TV hari ini HD. Kalau disolek pun boleh nampak kekurangan, apatah lagi yang tanpa secalit solekan. Nampak semua kesan yang ada pada muka.

“Tidak dinafikan sekarang ini ramai pelakon wanita yang degil. Mereka nak ikut citarasa sendiri sedangkan jurusolek tahu kerja mereka. Konon nak ikut ‘trend’ menggunakan ‘nude colour’, tapi hasilnya di kaca TV pucat. Itu belum lagi pelakon yang tidak mahu wajah mereka disentuh jurusolek produksi.

“Pelakon lelaki pun kena solek. Bukan nak nampakkan mereka seperti perempuan, tapi untuk hasil di kaca TV. Kalau muka mulus, licin dan bersih macam pelakon Korea Selatan, tak nak pakai pun tak apa lah. Tapi, mereka di sana pun pakai. Jadi, apa masalah pelakon kita? Bagi saya, watak apa sekali pun tidak salah kalau nak kenakan solekan tebal atau nipis. Watak mayat pun kita solek, tapi perlu bersesuaian,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat