Gabungan band Indonesia

- Advertisement -

BUAT julung kali, dua band terkenal dari Indonesia, Radja dan Repvblik bakal bergabung menerusi Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 13 November ini, jam 8.30 malam.

Penyanyi Radja, Ian Kasela berkata, Kuala Lumpur menjadi adalah ibu kota pertama di luar Indonesia yang menyaksikan gabungan semula Radja selepas mereka berpecah seketika dan istimewanya membuat persembahan satu panggung bersama Repvblik.

“Malaysia sudah seperti rumah kedua kami, namun disebabkan pandemik, sudah lama kami tidak ke sini. Kami juga banyak menerima respons positif daripada peminat di Malaysia, jadi tak salah untuk kami beri persembahan kepada mereka.

“Pada konsert itu nanti akan mengimbau kembali nostalgia Radja. Kami mahu konsert ini menjadi persembahan yang lebih dekat dan akrab bersama peminat di sini,” katanya.

Konsert anjuran Angkasa Mukmin Sdn Bhd ini bakal berlangsung selama hampir dua jam yang akan dimulakan dengan Repvblik dan kemudian Radja.

adja antara kumpulan dari Indonesia yang cukup popular di Malaysia sekitar 2001. Antara lagu yang menjadi siulan peminat tanah air adalah Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta.

Sementara itu, penyanyi Repvblik, Ruri Herdian Wantogia berkata, konsert itu adalah persembahan pertama mereka di Kuala Lumpur, berbanding sebelum ini yang hanya dijemput di Sabah.

 

RADJA
RADJA

 

“Kami merancang konsep yang berbeza untuk persembahan di Kuala Lumpur nanti dan pastinya kami akan memberikan yang terbaik menerusi 10 sehingga 12 lagu yang kan disampaikan.

“Kepada yang mengharapkan kedatangan kami, pastinya akan gembira dengan persembahan malam itu. Kerana ini juga adalah persembahan kami yang pertama di sini, jadi kami mahukan sesuatu yang istimewa.

“Apatah lagi apabila kami akan berkongsi panggung bersama Radja, kumpulan yang satu genre muzik dengan kami, jadi kami percaya ia mampu menarik orang ramai untuk hadir,” katanya.

Repvblik ini sangat dikenali menerusi lagu seperti Hanya Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan Aku Takut.

 

REPVBLIK
REPVBLIK

 

Dalam perkembangan lain, Repvblik bakal mengeluarkan lagu dalam bulan ini yang mana mereka baharu saja selesai menjayakan rakaman muzik video di Bali.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat