Ahli Parlimen, pegawai kementerian dah kemas barang?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tiupan angin pembubaran Parlimen semakin kencang bertiup.

Meskipun masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen namun, dijangkakan ia sangat dekat.

Semalam Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkongsi gambar di Facebook beliau sedang mengemas kotak-kotak dan barangan miliknya yang di simpan di bilik Parlimen.

“Kemas-kemas dulu lah kotak-kotak hak mana ada di bilik Parlimen,” katanya ringkas.

Bukan cuma itu, petang semalam juga Ahmad Fadhli memberitahu beliau mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Rentas Parti Berhubung Pendanaan Politik.

“Walaupun desas-desus pembubaran Parlimen semakin kencang dan mungkin tiada apa yg dapat dicapai untuk perjuangan mewujudkan akta berhubung pendanaan politik ini.

“Namun kami harap ia dapat menjadi asas perbincangan selepas PRU nanti, emoga bertemu lagi,” ucapnya.

Selain itu, media lain juga melaporkan ada
pegawai kementerian yang sudah menerima arahan supaya mengosongkan bilik, sekali gus memberi isyarat kemungkinan besar pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Dipercayai arahan itu dikeluarkan petang semalam dan kesemua terlibat sudah mula mengosongkan bilik pagi ini.

“Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami semua kemas barang dan kosongkan bilik,” katanya .

Bagaimanapun, beberapa pegawai kementerian lain yang turut dihubungi menjelaskan, mereka belum mendapat arahan sedemikian, malah program yang dijadual hari ini masih berjalan seperti biasa.

Sejak semalam, tersebar berita mengenai pembubaran Parlimen akan dibuat sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual pada Jumaat ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat