Pembubaran Parlimen, Hung Parliament, Kerajaan Campuran atau Kerajaan Minoriti

- Advertisement -

OLEH: Anak Sarawak

Khamis ini, 6hb Oktober 2022, dilaporkan PM akan mohon mengadap YDPA untuk memohon perkenan membubarkan parlimen

Sekiranya mendapat perkenan YDPA, maka Bajet 2023 tidak akan dibentangkan pada Jumaat ini, 7hb Oktober 2022

Dari segi Strategi Politik Umno, walaupun kedengaran GILA, RAKUS dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, ianya boleh dikatakan masuk akal atas beberapa sebab :

1. Membubarkan parlimen sekarang dan mengadakan PRU secepat mungkin sebelum banjir besar berlaku kerana ini lah yang menjadi kerisauan, kegusaran rakyat

2. Membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2023 dibentang, dibahas, diluluskan di Parlimen. Lagi cepat bubar, lagi cepat PRU, lagi cepat untuk bentangkan bajet selepas Kerajaan baharu terbentuk kelak

3. Tidak mungkin PM apabila mengadap YDPA akan mengemuka kan “beberapa tarikh” untuk dipilih. Sudah pasti hanya satu sahaja tarikh yang dikemuka kan.

*Cuma tinggal YDPA untuk bersetuju untuk memberi perkenan atau tidak kerana Pembubaran Parlimen adalah KUASA MUTLAK YDPA di bawah Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan*

Hung Parliament

*Tapi yang pasti, selepas PRU 15, TIDAK ADA JAMINAN bahawa “Kestabilan Politik” akan dicapai kerana TIDAK AKAN ada satu Parti atau koalisi yang mampu membentuk Kerajaan secara bersendirian samaada BN, PN, GPS dan waima PH sekalipun*

*Kemungkinan ini sudah pasti diakui oleh pelbagai pihak namun cukup sukar untuk mereka mengakuinya secara terbuka terutamanya Pakatan Harapan*

Dalam bahasa yang lebih mudah, Adakah DAP dan AMANAH sanggup untuk meninggalkan Anwar Ibrahim dan PKR sekiranya berpeluang untuk membentuk Kerajaan bersama dengan Parti – parti lain yang mungkin meletak kan syarat NO ANWAR?

Ataupun adakan DAP dan Amanah termasuk PKR redha dengan kekal menjadi Pembangkang semula selepas PRU 15?

Ini kerana, sebelum ini, pernah timbul cadangan untuk meletakan Shafie Afdhal atau Dr Mahathir semula sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan Plus sekiranya Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti semasa mereka berusaha untuk kembali semula memegang tampuk pemerintahan selepas Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletak kan jawatan pada 16 Ogos 2021

Ini bermakna, “Kerajaan Campuran” atau “Kerajaan Minoriti” terpaksa dibentuk. Mungkin dikalangan Parti – parti Kerajaan yang sedia ada sekarang (BN, PN, GPS) ATAUPUN berlaku sedikit “Pertukaran” rakan kongsi ataupun bersama parti – parti kecil yang lain.

Ok, kembali semula ke topik asal “Kerajaan Campuran atau Kerajaan Minoriti”.

Maka, “bermula lah” era “Kerajaan Campuran” atau “Kerajaan Minoriti” di Malaysia. Di Negara – Negara lain, terutama yang mengamalkan Westminster Parliament seperti kita, ini bukan perkara “luarbiasa”

*Sebagai contoh, di United Kingdom, pada abad ke 20 dan 21 sebanyak 5 kali*

Ramsay Mcdonald : Januari – Oktober 1924

Harold Wilson : Februari – Oktober 1974

John Major : Disember 1996 – Mei 1997

David Cameron : Mei 2020 – Mei 2015

Theresa May : Jun 2017 – Disember 2019

Selepas GE 2017, Theresa May dari Parti Konservatif gagal membentuk Kerajaan dengan hanya menang 318 daripada 326 yang merupakan majoriti mudah daripada 650 kerusi. Beliau memerlukan 8 lagi kerusi untuk membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah.

Maka, pada masa itu, beliau tiada pilihan lain dan terpaksa kawtim dengan Demoratic Unionist Party dari Ireland Utara yang mempunyai 10 kerusi “Kerajaan Minoriti”

Ini dibentuk dengan mengadakan suatu Confidence and Supply Agreement di antara kedua – dua parti yang mana untuk membolehkan suatu rang undang – undang dapat diluluskan di House of Commons (Dewan Rakyat versi United Kingdom).

“The Northern Ireland party agreed to support the government on motions of confidence as well was the Queen’s Speech, the Budget and finance bills. In return the DUP got extra funding for Northern Ireland.”

https://www.gov.uk/government/publications/conservative-and-dup-agreement-and-uk-government-financial-support-for-northern-ireland/agreement-between-the-conservative-and-unionist-party-and-the-democratic-unionist-party-on-support-for-the-government-in-parliament

https://inews.co.uk/news/politics/minority-government-uk-hung-parliament-general-election-majority-results-when-374122

“There was also a minority government after the 2017 general election. The Conservatives under Theresa May did not get a majority (getting fewer than 326 seats) but set up a confidence and supply agreement with the DUP so that it could pass legislation in the House of Commons.”

Dalam bahasa yang lebih mudah, Sebagai “ganjaran”, parti yang dominan “terpaksa” bersetuju dengan pra-syarat atau tuntutan2 daripada parti kecil demi mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan

*CSA di antara Theresa May dan DUP pada masa itu berkuatkuasa sehingga penghujung penggal parlimen dan boleh dikaji semula atas persetujuan kedua – dua pihak dan ianya boleh dikaji semula di setiap penghujung sidang parlimen berkenaan dengan tujuan, prinsip dan perlaksanaan*

Ok, itu di United Kingdom. Macam mana pula di Malaysia?

Pada 13 September 2021, Kerajaan yang diketuai oleh PM Ismail Sabri dari UMNO telah menandatangani suatu Memorandum Persefahaman ataupun MOU bersama dengan Pakatan Harapan untuk meredakan suhu Politik tanah air kerana kedudukan kerusi Kerajaan dan Pembangkang hampir seimbang dan tatkala Kerajaan sedang menangani wabak Covid 19, memulihkan ekonomi Negara, maka Kestabilan Politik adalah cukup penting.

Sebanyak 9 Persetujuan Utama dan 6 Transformasi telah digariskan di dalam MOU tersebut

Pada masa itu, ada pihak yang berpandangan bahawa ini cuma suatu MOU dan bukan nya CSA.

Tetapi dari segi perlaksanaan nya, konteks nya, ianya tiada beza nya dengan CSA

Akhir kata, Selamat Berjuang untuk semua!

Ps : Perlembagaan, Harus sentiasa dibaca bersama dengan amalan konvensyen Westminster. Konvensyen juga, sebagai panduan untuk membaca dan mentafsirkan Perlembagaan.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat