PAS akan tinggalkan PN?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS dijangka akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan kembali ke pangkuan UMNO bagi mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, dalam perjumpaan bersama pimpinan bahagian dan sayap UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran PAS akan bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Presiden bagi gambaran bahawa PAS akan bersama BN dalam PRU-15. Itu antara inti pati yang kami hadam.

“Ada kemungkinan besar PAS akan bersama kami,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, dalam laporan sama, seorang sumber lain yang turut hadir dalam perjumpaan semalam turut mengesahkan gambaran bahawa PAS akan bersama BN.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan terkini menunjukkan ada pihak tertentu dalam PAS sendiri sedang berusaha untuk menggagalkan kerjasama berkenaan.

“Ya benar Presiden UMNO ada bagi gambaran dan PAS dikatakan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan BN. Cuma kerjasama itu kita tak panggil sebagai MN, tapi MN 2.0.

“Cuma saya dapat maklumat terkini yang ada pihak dalaman PAS sendiri cuba menghalang kerjasama ini, difahamkan orang-orang yang rapat dengan Presiden PAS juga,” katanya sumber tersebut.

Pertemuan lebih sejam itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dan ia disertai lebih 700 perwakilan bahagian dan sayap melibatkan 191 bahagian dari seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat