Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion

- Advertisement -

United State: Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg, merosot lebih AS$6 bilion dalam hanya beberapa jam susulan gangguan pada platform media sosial yang bermula lewat semalam.

Ini menyebabkan pengasas bersama Facebook itu terjatuh satu anak tangga dalam senarai individu terkaya dunia, lapor Bloomberg.

Penjualan saham Facebook Inc secara besar-besaran menyebabkan ia jatuh 4.9%, tambahan pada kemerosotan sebanyak 15% dialami syarikat itu sejak pertengahan September.

Kejatuhan harga saham menyebabkan kekayaan Zuckerberg merosot pada AS$121.6 bilion, di bawah Bill Gates dalam senarai Indeks Jutawan Bloomberg.

Beberapa minggu sebelum ini kekayaannya bernilai AS$140 bilion.

Lewat Isnin, ribuan pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami kesukaran mengakses platform media sosial itu dalam kejadian yang disifatkan sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.

Ia kembali pulih selepas hampir enam jam namun penggunaannya masih tersekat-sekat.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat