Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Di Kediaman

PAS Junjung Kasih Titah Tuanku, Tetap Mendokong Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Parti PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan...

Mesyuarat MT UMNO tegang tapi akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan...

Dakwaan Sistem Kesihatan Di Sabah Lumpuh Tidak Benar – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal dakwaan bahawa sistem kesihatan di Sabah semakin lumpuh ekoran peningkatan mendadak kes...

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Najib Nafi Desak Ahli Parlimen BN Sokong Anwar

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menafikan dirinya mendesak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Presiden...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disahkan positif Covid-19.

Muhyiddin berkata, beliau sebelum ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Zulkifli pada 3 Oktober lalu.

Menurutnya, untuk makluman, Zulkifli disahkan positif jangkitan Covid-19 hari ini dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital diSeremban.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) selama 14 hari bermula 3 Oktober lalu hingga 16 Oktober dan memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Bagaimanapun ia tidak akan mengganggu urusan kerajaan dan saya akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu saya pengerusikan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 (ujian calitan) setiap dua minggu sejak bulan April lalu dan kesemua ujian pengesanan ini telah disahkan negatif,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau sudah melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September dan didapati Negatif.

Ini adalah kali kedua Perdana Menteri diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya.

Sebelum ini beliau dikuarantin selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pascakabinet di Pejabat Perdana Menteri Mei lalu. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan