Hasni kini terajui Lembaga Lebuh Raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Pengerusi Perhubungan Umno Johor itu menerajui LLM berkuatkuasa 15 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2024.

Dalam ciapan di Twitternya pada Isnin, Hasni berjanji akan memberikan khidmat terbaik atas pelantikan itu.

“Tugas baru di peringkat Persekutuan. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Saya tidak sabar untuk menyumbang kepada negara dalam apa juga kapasiti,” kata bekas Menteri Besar Johor itu lagi.

Sementara itu LLM mengucapkan selamat datang kepada Hasni ke lembaga itu.

Hasni adalah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau mempunyai latar belakang sebagai jurutera perunding.

Anak kelahiran Pontian itu mula melibatkan diri dalam politik seawal tahun 1990-an.

Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti of Missouri, Rolla, Amerika Syarikat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat