AIM, PERKESO Perluas Jaringan Keselamatan Sosial kepada Orang Bekerja Sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini, memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi

caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

Melalui kerjasama strategik ini, AIM dan PERKESO mensasarkan seramai 342,798 usahawan yang berdaftar dengan AIM untuk dicarum dan dilindungi dengan SKSPS.

“Kolaborasi ini juga bakal menyaksikan AIM dilantik sebagai Ejen Korporat PERKESO bagi membantu merangsang dan menggalakkan Sahabat Usahawan AIM untuk mencarum dengan SKSPS, khususnya semasa mengemukakan permohonan pinjaman kewangan kepada agensi ini.

“Langkah serampang dua mata ini membolehkan Sahabat Usahawan AIM menerima manfaat pinjaman perniagaan, di samping dapat memastikan mereka turut mendapat perlindungan keselamatan sosial,” katanya dalam kenyataan media bersama pada Isnin.

Selain mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala, kedua-dua agensi turut akan bekerjasama dalam usaha menambah cara pembayaran caruman SKSPS kepada Sahabat Usahawan AIM.

Katanya, langkah ini akan dilaksanakan menerusi penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai oleh AIM Solutions Group Berhad (ASGB), iaitu penyedia kemudahan e-pay yang digunakan oleh Sahabat Usahawan AIM.

Selain itu, menurutnya pihak AIM juga komited untuk membantu PERKESO mempromosikan inisiatif Kerajaan di bawah Bajet 2022 iaitu SPS Padanan Caruman kepada penerima biaya AIM dan SKSPS kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam jelajah AIM di seluruh negara.

MoU telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz, dan Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Dato Aziz Mohammed.

Untuk rekod jumlah Sahabat Usahawan Aktif kini seramai 342,798 orang di seluruh negara.

Pastinya kerjasama yang terjalin ini akan memberi ruang kepada Sahabat AIM untuk memastikan mereka juga akan mendapat manfaat perlindungan PERKESO walaupun hanya bekerja sendiri atau membuka gerai goreng pisang di tepi jalan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat