Tok Mat, Khairy Perlu Ada Di Parlimen – Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewajarnya mendapat kerusi di Parlimen.

Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berpendapat kedua-dua figura itu penting untuk berkhidmat kepada negara.

“Sewajarnya, Mohamad perlu bertanding di kerusi Parlimen.

“Pada masa sama, Khairy sebagai wakil orang muda secara umumnya harus diberikan peluang untuk terus bertanding dan dapat berkhidmat untuk negara,” cadang Hasni.

Semalam, Khairy yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau dalam satu program di ibu negara dilaporkan mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Mohamad yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat