Kalau ikhlas, Pas ajak sajalah Amanah: Umno tegas gerak solo

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pas sepatutnya menghormati pendirian Umno untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Janganlah kerana mahu menunjukan kepada rakyat kononnya Pas pentingkan penyatuan ummah, lantas gambarkan UMNO menolak penyatuan,” tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah.

“Keputusan yang Umno lakukan tentulah berasasakan kepentingan Umno.

“Persoalannya, kalaulah Pas benar benar ikhlas mahu menyatukan Melayu Islam. Ajak sajalah Amanah sekali,” bidas beliau dalam kenyataan semalam.

Malah kata Ahli Parlimen Lenggong itu lagi, Pas seolah-olah cuba memporak-perandakan Umno.

“Gayanya Pas mahu pecah belahkan Umno.

“Kenapa Pas masih tidak memahami keputusan yang dibuat oleh Umno. Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 telah buat keputusan tidak akan bersama Besatu. Ini pendirian Umno, bukan kehendak individu.

“Kemudian MKT UMNO putuskan bahawa Umno bergerak solo dalam PRU-15. Ini sudah sangat jelas,” tegas Shamsul Annuar.

Maka katanya, Pas sepatutnya hormati pendirian Umno.

Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menegaskan parti Islam itu tetap mahu bersama Umno dan Bersatu demi agenda penyatuan ummah bagi mengelakkan undi Melayu berpecah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat