Boleh ‘Perang Politik’ Tapi Jangan Rugikan Negara: Wira Black Hawk Down

KUALA LUMPUR: “Boleh perang politik, tapi jangan sesekali rugikan negara,” itu pesan Mejar (B) Latif Ladin kepada generasi masa kini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 Sept ini.

Latif adalah antara 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis Malbat 1 Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia (UNOSOM II) yang terbabit dalam pertempuran di Mogadishu, Somalia, kira-kira 27 tahun lepas.

Ketika itu, anggota tentera Malaysia yang dikenali sebagai ‘Malaysian Tigers’ dalam misi menyelamat 70 anggota elit US Rangers dan kru helikopter Black Hawk yang terperangkap di Pasar Bakara pada 3 dan 4 Oktober 1993 selepas misi persendirian Amerika Syarikat (AS) menangkap orang kanan Jeneral Mohamed Farrah Aidid, gagal.

“Jika ada satu harapan, saya nak negara kita kekal aman, tidak jadi seperti di Somalia. Kami bertempur di sana, kami tahu harga yang terpaksa dibayar dalam peperangan sehingga anggota kami terkorban.

“Kekalkan keamanan yang kita ada. Jangan bercakaran sesama sendiri. Boleh berperang politik tapi jangan sesekali rugikan negara.

“Jika negara kita bergolak, berperang, tiada siapa yang untung dan semuanya akan rugi,” kata wira Black Hawk Down itu kepada Bernama baru-baru ini.

Mengimbas insiden pertempuran di Mogadishu pada 3 dan 4 Oktober 1993, Latif berkata ia merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya walaupun telah bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1996.

Ketika insiden pertempuran di Mogadishu itu, Latif yang ketika itu bertindak sebagai Penolong Ketua Kompeni A berpangkat Kapten masih ingat bagaimana pasukan Malaysian Tigers digerakkan ke Pasar Bakara, Mogadishu, pada 3 Oktober untuk menyelamatkan anggota tentera AS yang terperangkap.

Turut memerlukan bantuan anggota tentera Malaysia yang dilengkapi dengan kenderaan perisai APC Condor, adalah kru helikopter Black Hawk milik tentera AS yang terhempas kerana ditembak kumpulan militia yang setia kepada Farrah Aidid.

“Operasi Malbat 1 digerakkan untuk selamatkan anggota tentera US Rangers yang terkepung. Saya masih ingat di sepanjang perjalanan peluru bersilang, termasuk tembakan RPG dan bila kita sampai ke lokasi, kawasan gelap. Kami bertahan daripada tembakan bertubi-tubi oleh militia Somalia,” katanya.

Ketika pertempuran itu, seorang anggota 19 RAMD Mekanis yang juga pemandu APC Condor iaitu Prebet Mat Aznan Awang telah terkorban akibat terkena tembakan RPG.

“Masa itu saya turun dari APC untuk tengok sendiri keadaannya selepas tahu anggota kita kena tembak. Bila saya buka saja APC (dipandu Mat Aznan), Koperal Sabri beritahu yang Mat Aznan dah tiada (maut), kena tembak.

“Saya tengok keadaan Mat Aznan, teruk berdarah kena tembak dari depan dengan RPG. Tembakan RPG itu tembus kereta perisai, kalau mesingan GPMG atau mesingan biasa takkan tembus,” kata Latif yang terus memaklumkan perkara itu kepada ketua platun terbabit, Leftenan Kamal Johari mengenai kematian anggota unitnya.

Latif berkata kematian Mat Aznan tidak mematahkan semangat anggota Malaysian Tigers sebaliknya mereka menyempurnakan misi menyelamat itu dalam pertempuran sengit yang memakan masa sekitar lima jam dan berakhir pada 4 pagi, 4 Oktober 1993.

Media sebelum ini melaporkan lebih 100,000 butir peluru digunakan tentera Malaysia dalam pertempuran di Mogadishu itu yang juga pengalaman pertempuran bandar pertama dan paling sengit membabitkan anggota ATM dalam sejarah ketenteraan negara.

“Minta simpang (dijauhkan) negara kita daripada jadi seperti Somalia. Saya harap kita semua hargai keamanan yang kita ada ini, hargai keamanan ini untuk generasi akan datang,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Berita Berkaitan

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...

Kata kerajaan tak ada duit, tapi lantik timbalan menteri pelancongan, rakyat pula tak dibenarkan melancong

KUALA LUMPUR - "Rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi...

PAS runding agih kerusi dengan Bersatu, bagi ruang UMNO cari hala tuju selesai konflik dalaman

KUALA LUMPUR - Buat masa ini PAS hanya berunding dengan Bersatu soal pembahagian kerusi bakal ditandingi pada PRU-15. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang...