Ranhill SAJ hantar 10 lori tangki bantu Air Selangor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) hari ini menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagih bekalan air bersih ke kawasan- kawasan yang terjejas.

Bantuan ini dihantar susulan berlakunya pencemaran sumber air yang berlaku di Sungai Gong, Selangor sejak kelmarin.

Bantuan lori tangki air terbabit dijangka bergerak bermula lewat malam ini.

Ranhill SAJ akan bersama rakan-rakan di Air Selangor dalam pengagihan air ke kawasan yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata, bantuan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan persefahaman yang dilakukan sesama operator bekalan air di seluruh negara.

“Semoga usaha yang disalurkan ini mampu membantu pihak Air Selangor dalam menangani masalah bekalan air tersebut,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ranhill SAJ Sdn Bhd, anak syarikat Ranhill Holdings Berhad merupakan syarikat pembekal air bersepadu yang terlibat dalam proses rawatan dan pengagihan air kepada pengguna.

Sistem rangkaiannya terdiri daripada 689 takungan dan lebih 22,917 kilometer (km) saluran paip yang membekalkan air terawat kepada 3.7 juta penduduk di Johor serta industri di seluruh negeri Johor.

Menurut laporan Air Selangor, penduduk di Lembah Klang dijangka berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya empat hari lagi yang membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah.

Sementara itu, sejak 31 Ogos lalu Ranhill SAJ sudah pun menghantar bantuan sebanyak empat lori tangki air kepada pihak Air Kelantan Sdn Bhd (Air Kelantan) bagi menangani krisis gangguan bekalan air ekoran kerja kecemasan pembaikan paip air mentah bersaiz 1,100 milimeter (mm) yang pecah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat