Garuda POLIMAS gegarkan China, rangkul tempat ketiga Kejohanan Dron ASEAN-China 2026

Oleh Zihan Zari

JITRA – Pasukan dron Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) melakar sejarah di persada antarabangsa apabila berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan dalam Kejohanan Dron ASEAN-China Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Event of the 2026 “Guijiang Cup” China-ASEAN Vocational Skills Competition.

Pertandingan berprestij ini telah berlangsung dari 27 Julai hingga 2 Ogos lalu di Qiandongnan Nationalities Polytechnic, Guizhou, Republik Rakyat China itu menyaksikan kehebatan pelajar Malaysia bersaing sengit dengan pakar-pakar teknologi dari rantau ASEAN dan China.

Kejayaan luar biasa ini membuktikan keupayaan anak tempatan dalam menguasai teknologi tinggi siber-fizikal sekali gus mengharumkan nama negara di pentas global.

Bukti Keupayaan TVET Negara

Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Dr. Mhd Azmin Mat Seman menzahirkan rasa bangga dan menyifatkan kemenangan ini sebagai satu lonjakan besar bagi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

“Kemenangan ini adalah bukti nyata bahawa sistem pengajian praktikal di POLIMAS mampu melahirkan modal insan yang kompetitif di peringkat dunia.

“Pihak pengurusan mengucapkan syabas kepada seluruh delegasi yang membawa nama POLIMAS dan Malaysia ke puncak tertinggi, membuktikan kita mampu berdiri sama tinggi dengan pakar teknologi dari negara luar, ”katanya.

Cabaran Sengit Di Bumi China

Pensyarah pembimbing, Ts. Mohd Zul Fahmi Mohd Zawawi dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) PUO menjelaskan, dedikasi dan fokus tinggi menjadi kunci utama kejayaan pasukan biarpun berdepan persaingan sengit.

“Cabaran di Guizhou amat hebat kerana kami bertanding dengan negara-negara yang mempunyai ekosistem teknologi UAV yang sangat maju.

“Namun, strategi yang tepat, ketenangan mental, dan sokongan padu daripada pihak pengurusan POLIMAS membolehkan kami menterjemahkan latihan intensif kepada impak kemenangan ini,” jelasnya lagi.

Inspirasi Pelajar TVET

Sementara itu, Dharini A/P Rajan pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dan Nurul Aina Syafiah Burhanudin (JKE) menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pengalaman paling berharga dalam hidup mereka.

“Kami amat bersyukur dan tidak menyangka mampu menewaskan banyak pasukan hebat lain untuk membawa pulang tempat ketiga keseluruhan.

“Pengalaman mengendalikan UAV di bawah tekanan pertandingan antarabangsa ini mematangkan kemahiran teknikal kami.

“Kami harap kejayaan ini dapat menyuntik inspirasi kepada rakan-rakan pelajar TVET lain untuk terus berani menyahut cabaran di peringkat global,”kata mereka.

Delegasi POLIMAS yang membawa pulang pingat kemenangan sekali gus telah memperkukuh kedudukan institusi tersebut sebagai peneraju utama bidang robotik dan UAV negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat