PM Bangladesh letak jawatan, tinggalkan negara

- Advertisement -

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah meletak jawatan dan meninggalkan negara itu hari ini.

Media tempatan melaporkan, beliau meletak jawatan di saat lebih ramai orang awam terbunuh dalam beberapa keganasan terburuk sejak kelahiran negara Asia Selatan itu lebih lima dekad lalu.

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu penunjuk perasaan Bangladesh menyerbu istana Sheikh Hasina di Dhaka selepas sumber memberitahu AFP dia telah melarikan diri dari demonstrasi besar-besaran menuntutnya meletak jawatan.

Sheikh Hasina juga didakwa telah meninggalkan negara itu pada Isnin dan dilaporkan telah dibawa ke sebuah lokasi yang ‘selamat’.

Tindakan itu susulan desakan kuat rakyat negara itu yang mahu beliau meletak jawatan ekoran protes ganas melibatkan mahasiswa sehingga mengorbankan nyawa ratusan orang awam.

Saluran 24 Bangladesh menyiarkan imej orang ramai yang berlari masuk ke kediaman rasmi perdana menteri di ibu negara, melambai ke arah kamera ketika mereka meraikannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat