Kembara Sains Borneo 2024, perkasa & semarakkan pembudayaan STI

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LAHAD DATU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Sains Negara (PSN) telah melancarkan Kembara Sains Borneo (KSB) 2024, bagi merakyatkan dan memperkasakan agenda peranan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di kalangan masyarakat Malaysia.

KSB 2024 akan menjelajah ke sepuluh daerah di Sabah bermula di Lahad Datu melalui Kinabatangan dan Ranau sebelum berakhir di Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan oleh MOSTI memaklumkan pelancaran KSB 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Menterinya, Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal, di sini pada Jumaat lalu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei; Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd. Hanafiah Mohd Kassim; Pengarah PSN, Mohammad Fuad Rahman, dan Pengerusi Hibiscus Petroleum Berhad (Hibiscus Petroleum), Zainul Rahim Mohd Zain.

Mohammad Yusof berkata, KSB di bawah inisiatif Minggu Sains Negara (MSN), MOSTI melalui PSN membawakan pengalaman pembelajaran sains bukan formal yang menyeronokkan khusus untuk komuniti di Sabah dan Sarawak.

“MOSTI sentiasa melaksanakan pelbagai program dan inisiatif berteraskan rangka kerja Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021 – 2030 bagi memperkukuh dan memantap peranan STI sebagai asas dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Antaranya membawakan pengalaman penerokaan dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada masyarakat setempat, dengan tujuan untuk meningkatkan minat, pemahaman dan kemahiran dalam bidang ini.

“Agenda ini bertujuan untuk memupuk potensi serta melahirkan lebih ramai individu berpengetahuan dalam bidang STI yang amat diperlukan dalam merealisasikan pembangunan negara ke arah negara berteknologi tinggi pada masa hadapan.

“Lebih banyak program interaktif dan pameran inovatif dapat dianjurkan, memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik kepada rakyat.

“Sekaligus meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap kepentingan STI dalam memacu kemajuan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PSN Mohammad Fuad berkata, KSB 2024 akan meneruskan pengembaraannya ke lima buah daerah lagi di Sarawak bermula di Miri dan berakhir di Kuching.

“KSB merupakan program khas yang telah dilaksanakan sejak 2015 lagi, merupakan platform PSN mendekati pelajar dan komuniti di kawasan luar bandar serta memupuk minat masyarakat dalam bidang STEM melalui kaedah pembelajaran interaktif dan kreatif.

“Pengembaraan ini melibatkan lebih 20 sekolah terpilih dan beberapa sekolah lain sebagai lokasi persinggahan dengan anggaran peserta yang menerima manfaat adalah seramai 15,000 orang,.

“Melalui program ini, pihaknya akan melaksanakan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik di sepanjang penjelajahan berkonsepkan Hands On, Minds On, Hearts On selaras dengan usaha memperkenalkan pembelajaran sains bukan formal kepada masyarakat.

“Antaranya, sesi Ceritera Sebalik Radas daripada saintis-saintis terkenal, Kinect Sports, Drone Challenge, Demonstrasi Sains, Let’s Xperiment, STEM Challenge, Mini Planetarium dan Planet Virtual Reality serta pelbagai hadiah menarik juga akan disediakan.

“PSN juga mengadakan program sampingan ke sekolah-sekolah terpilih bagi mencetuskan perasaan ingin tahu kepada pelajar dan guru yang dapat memberikan keseronokan penerokaan sains, antaranya persembahan sains dan aktiviti sains ringkas,.

“KSB 2024 mendapat kerjasama padu rakan-rakan strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta rakan penaja utamanya, iaitu Hibiscus Petroleum.

“Kerjasama strategik ini mencerminkan dedikasi dan komitmen sektor swasta dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan pembudayaan STI dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat