MARA Inc. kembali catat prestasi positif – KP MARA

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Media melaporkan pada Khamis, laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian terkumpul dialami MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.), anak syarikat MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp.) berjumlah RM286.30 juta sejak 2012 hingga 2022.

Mengulas mengenai perkara tesebut, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Sri Azhar Abdul Manaf berkata, kerugian terkumpul ini sebahagiannya melibatkan urusan pembelian aset di luar negara khususnya di Australia dan United Kingdom antara 2012 hingga 2014.

Dalam perkara ini, segala tindakan sewajarnya telah diambil termasuk dari aspek perundangan serta tindakan susulan oleh MARA dan syarikat bagi menyelesaikan perkara ini.

Beliau berkata, MARA pada September 2015 telah meluluskan pelan rasionalisasi pemulihan MARA Inc. dalam memastikan nilai aset meningkat dari tahun ke tahun serta memperkasakan aspek tadbir urus syarikat ke arah mengurangkan kerugian terkumpul.

“Pelaksanaan pelan ini merangkumi pelunasan hutang-hutang serta rasionalisasi operasi aset MARA Inc. di luar negara yang kini telah mula menampakkan hasil yang mana aset-aset tersebut kini telah bebas daripada sebarang hutang dengan pihak luar,” katanya, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya lagi, pada 2020 dan 2021, pandemik Covid19 telah melanda dan menjejaskan prestasi aset-aset MARA Inc dan nilai aset-aset tersebut jatuh mendadak dan menjadi penyumbang terbesar kepada kerugian terkumpul Syarikat.

Bermula 2022 dan sehingga kini (Jun 2024), prestasi aset-aset ini semakin baik dengan kadar sewaan yang meningkat serta kadar penghunian melebihi 90%.

“Aset -aset tersebut telah menjana pulangan yang baik kepada MARA Inc. dan telah memberi impak positif kepada nilai aset selepas pandemik.

“Bagi tempoh 3 tahun yang sama, nilai pelaburan hartanah MARA Inc. telah meningkat sebanyak hampir 30 peratus daripada RM170 juta kepada RM215 juta manakala prestasi kewangan juga menunjukkan tren positif dengan merekodkan keuntungan selepas cukai bagi tahun 2022 dan 2023,” katanya lagi.

Ujarnya, setakat Mei 2024, sekaligus mengurangkan kerugian terkumpul sebanyak RM14.06 juta atau 5% dari jumlah kerugian terkumpul pada tahun 2022 dan membolehkan MARA Inc. membuat pembayaran dividen kepada MARA Corp.

“MARA dan pengurusannya amat komited dan beriltizam tinggi untuk memastikan segala aspek tadbir urus korporat dan tatakelola kewangan syarikat berada pada tahap tertinggi agar tidak berlaku sebarang ketirisan, penyimpangan, penyelewengan dan pembaziran yang melibatkan wang rakyat yang diamanahkan,” ujarnya lagi – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat