Hospital Di Indonesia Terputus Bekalan Oksigen, 33 Kematian Dilaporkan

- Advertisement -

YOGYAKARTA: Puluhan kematian akibat COVID-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair okisgen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.

Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat.

Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.

Sejak Sabtu, 63 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.

Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.

Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.

Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat