Suami Kim Kardashian Umum Bertanding Jawatan Presiden US

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Kemungkinan untuk di masa depan dunia melihat Kanye West sebagai Presiden dan isterinya, Kim Kardashian sebagai Wanita Pertama, semakin hampir menjadi kenyataan apabila penyanyi rap itu mengumumkan pencalonannya sebagai presiden semalam, kemungkinan besar menyertai pemilihan pada tahun ini.

Dalam tweet sempena Hari Kemerdekaannya, pemuzik dan pereka fesyen berusia 43 tahun itu mengatakan bahawa dia mencalonkan diri sebagai presiden dan akan menggunakan hashtag “Visi 2020,” yang menunjukkan bahawa dia merancang untuk mencuba nasib dalam pemilihan musim luruh ini.

“Sudah sampai masanya kita merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi kita dan membangun masa depan kita. Saya mencalonkan diri sebagai presiden Amerika Syarikat!” tulis West.

Tweet itu turut mendapat balasan pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk yang menulis, “kamu mendapat sokongan saya”.

West sebelum ini sering menyatakan sokongan terhadap Presiden Trump dan pernah mencadangkan pada April bahawa dia akan mengundi jutawan itu dalam pemilihan November nanti.

West paling diingati apabila mengunjungi Pejabat Oval di Rumah Putih pada Oktober 2018, dengan memakai topi “Make America Great Again” berwarna merah dan berkata “Saya suka lelaki ini,” sambil menunjuk kepada Trump.

Isterinya, bintang TV realiti Kim Kardashian, juga telah mengunjungi Rumah Putih sebagai aktivis yang menyokong reformasi keadilan jenayah.

Begitupun,jika West benar-benar memulakan usaha untuk menjadi Presiden Amerika, ia disifatkan sudah terlambat kerana konvensyen kebangsaan oleh kedua-dua parti utama, Republikan dan Demokrat – acara utama untuk mengumumkan calon Presiden masing-masing, akan diadakan pada bulan depan.

Tidak dapat dipastikan adakah West benar-benar serius merancang untuk mencalonkan diri bagi jawatan presiden pada tahun ini dan adakah dokumen rasmi pencalonannya untuk jawatan tersebut, telah difailkan?

– The Hill

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat