ADUN Warisan Keluar Parti, Umum Sertai PHRS

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) kembali bergolak selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka keluar parti, hari ini.

ADUN Kukusan, Rina Jainal mengumumkan keluar daripada Warisan bagi menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang di dalamnya bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Saya juga mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Naib Ketua Wirawati Sabah dan Ketua Wirawati Kalabakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan untuk menyertai PHRS berkuat kuasa hari ini bagi bersama-sama kepimpinan PHRS di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri Liew Yun Fah untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada 18 Oktober tahun lalu, Rina antara yang disebut-sebut keluar daripada Warisan namun beliau menafikan khabar angin berkenaan.

Sebelum ini, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr. Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau).

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 18 kerusi DUN dan blok pembangkang tinggal 26 kerusi manakala blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.

Satu kerusi DUN masih kosong susulan penyandangnya Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November 2020. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat