Kenyataan Isham Jalil Memalukan Sebagai Graduan Harvard – Penganalisa Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil yang membidas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa kononnya hanya bijak mengulangi semula (parronting) kata-kata Pemimpin DAP mengenai isi kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) Tranformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang amat memalukan sebagai seorang bekas Graduan Harvard.

Memetik laporan Portal Suara Merdeka, jelas Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas Dato’ Saiful Bahar, tuduhan-tuduhan Isham terhadap Annuar Musa bukan sahaja tidak berasas malah tidak tepat sebagai seorang Graduan dari Havard USA, yang diambil kira sebagai golongan bijak pandai didalam negara ini kerana salah dan memalukan kerana beliau tidak membuat kajian terperinci kandungan MoU tersebut.

Cubaan Isham memalukan Annuar Musa tersasar, malahan sebaliknya memalukan diri beliau sendiri. Kreadibiliti Isham Jalil sebagai Penganalisa Politik dan Penceramah Utama Barisan Nasional dan UMNO, tercemar akibat kesilapan besar ini, katanya lagi.

“Semalam, saya terbaca di FMT News saranan dari Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor kononnya Tan Sri Annuar Musa hanya bijak mengulangi semula (parroting) kata-kata Pemimpin Parti DAP mengenai Isi Kandungan MOU antara Kerajaan PM Dato’ Seri Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan.

“Isham juga kata, MKT UMNO telah membuat keputusan bahawa MOU tersebut tidak akan di lanjutkan lagi selepas 31 Julai 2022.

“Isham juga kata, Annuar Musa bukan seorang Ahli MKT UMNO dan Annuar seharusnya mengikut keputusan MKT. Annuar Musa tidak seharusnya memandai-mandai buat kenyataan mengikut hati beliau sendiri (his own whim). Terutama pula, kata-kata Annuar Musa seolah-olah mengikut rentak kenyataan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke kata Isham lagi.” ujar Saiful Bahar.

Kata Saiful Bahari lagi, sekiranya Isham mengambil masa meneliti dokumen tersebut, amat jelas terpamir bahawa Annuar Musa adalah salah seorang yang menanda-tangani dokumen tersebut bagi pihak Kerajaan selain daripada Perdana Menteri, walaupun Annuar bukan Ahli MKT UMNO.

Sebagai penanda-tangan dokumen tersebut, sudah pasti Annuar hafal isi kandungan dokumen ini.

Terdahulu, Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, MOU tersebut tidak mempunyai sebarang tarikh luput.

Menurut MoU PERKARA 2 : TEMPOH MASA – Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke 14 dan PERKARA 3 : PERSEFAHAMAN PIHAK-PIHAK – Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022.

Jelas Saiful Bahari lagi, apa yang Annuar Musa kata adalah benar iaitu MOU tersebut berkuatkuasa dari tarikh ditandatangani sehingga Dewan Rakyat di bubarkan, dengan tiada tarikh luput. Manakala, Kerajaan juga bersetuju didalam MOU tersebut, tidak akan membubarkan Dewan Rakyat sebelum 31 Julai 2022.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat