Mahathir Tidak Dijemput Dalam Pertemuan PH, Malam Tadi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) di rumahnya malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkongsi gambar pertemuannya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu.

“Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam ini (Khamis) dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan Pakatan Harapan dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.

“Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus. InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat,” memetik kenyataan Anwar di laman Facebook.

Turut kelihatan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada dalam pertemuan itu walaupun ia diadakan untuk mengukuhkan PH dalam membuat keputusan dan tindakan politik.

PH dalam satu kenyataan malam tadi berkata, pimpinan utama PH telah bertemu dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan PH dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.

Anwar sebelum ini berkata, Pakatan Harapan (PH) melantik beliau sebagai pengerusi.

Jawatan tersebut sebelum ini dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat