Pamungkas kembali gegarkan Kuala Lumpur

Setelah konsert bersama peminat di Kuala Lumpur Pada September Tahun Lalu, Pamunkas kini kembali dengan konsert terbaru iaitu Pamungkas LIve In Kuala Lupur 2023, Shiraz Projects dengan bangganya membawakan Pamungkas  di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert dengan judul NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS 4 Mei 2023 Semalam.

DSCF8590

Penyanyi yang popular dengan lagu To The Bones itu adalah artis pertama yang membuka tirai siri Nusa Fest yang menghimpunkan pemuzik dan penyanyi solo hebat Malaysia, Singapura dan Indonesia anjuran Shiraz Projects.

lagu-lagu Pamungkas seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis, Sorry dan One Only yang dinyanyikan bersama-sama di Zepp Kuala Lumpur dengan sepenuh hati bagi peminat yang sudah menghafal setiap lumat setiap bait-bait lirik dan melodi Pamungkas yang sering membikin kacau perasaan mereka.

DSCF8180

ketika sidang media sempena Konsert Nusa Fest Penyanyi dan komposer Indonesia, Pamungkas yang pernah terpalit dengan kontroversi ketika membuat persembahan pentas menganggap apa yang dilalui sebagai proses pembelajaran dan sebahagian daripada perjalanan kerjaya seninya, Pamungkas atau pemilik nama penuh Rizki Rahmahadian Pamungkas menjadikan insiden itu sebagai iktibar dan memikul tanggungjawab sebagai anak seni.

“Ini adalah sebahagian daripada perjalanan kerjaya saya dan banyak yang saya belajar daripada apa yang berlaku. Sebagai penyanyi atau sebagai individu sendiri, saya memilih untuk jalan terus ke hadapan.

“Saya ingin menjadi seperti roda, jadi jika ingin terus berjalan kita perlu ada keberanian melakukan kesilapan dan kita belajar dari kesalahan itu sendiri. Menerusi pembelajaran itu, banyak yang memberi perhatian dan memerhatikan.

“Selepas pandemik, dunia digital menjadi lebih meluas dan semuanya tersebar sekelip mata. Dan saya belajar mengenai tanggungjawab apabila ada yang menjadikan saya sebagai idola dan contoh,” katanya

DSCF8497

Lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk, Pamungkas enggan menjadi kontroversi berkenaan sebagai penghalang untuk terus berkarya dan menghasilkan yang terbaik buat peminat.

“Saya sentiasa beritahu diri sendiri perlu menjadi seperti anak kecil ketika berkarya dan tidak terikat kerana disitulah idea akan mencurah-curah.

“Sebagai manusia, apabila menerima pujian pastinya kita malu untuk menerimanya. Apatah lagi apabila ramai yang memberikan kata-kata positif dan memberikan pujian. Jadi, bukan mudah sebenarnya buat saya untuk berhadapan situasi begini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat