Patuhi SOP, Jangan Dedah Diri Kepada Risiko Jangkitan COVID-19

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR – Semalam, hampir sebahagian besar sektor ekonomi kembali beroperasi selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas.

Selari dengan perkembangan itu, bilangan kenderaan di jalan raya kembali meningkat termasuk di ibu negara yang bertambah 30 peratus dengan ramai yang kembali bekerja selepas ‘bercuti lama’ di rumah dek penangan wabak COVID-19.

Anehnya bukan hanya kenderaan, kelibat orang ramai termasuk di pasar awam dan pasar raya juga semakin bertambah, malah ada yang membawa anak-anak kecil, tanpa menghirau risiko jangkitan COVID-19.

Ada yang berbondong-bondong keluar, bagaikan negara sudah bebas daripada ancaman pandemik itu.

Walhal pakar perubatan menjangkakan virus itu akan berada dalam persekitaran kehidupan manusia selama dua tahun dan rakyat perlu terus berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar.

Sudah berbuih rasanya mulut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu.

Memetik kata-kata Ismail Sabri pada Ahad lepas, rakyat Malaysia perlu melakukan kawalan kendiri dalam usaha mencegah penularan COVID-19, kerana perjuangan menentang COVID-19, iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang.

Ia memerlukan usaha yang berterusan dan setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi diri dan orang yang dikasihi, manakala masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan norma kehidupan yang baharu ini.

Ketiadaan kelibat anggota penguat kuasa melakukan sekatan jalan raya (SJR) Ops COVID-19 dan kebenaran melakukan perjalanan melebihi 10 kilometer bukannya satu lesen untuk orang ramai terus bergerak bebas sesuka hati.

Bersesak-sesak di tempat tumpuan umum hanya akan mendedahkan orang ramai kepada risiko jangkitan dan menyebabkan kes positif wabak COVID-19 kembali meningkat.

Disebabkan itu, seperti kata Dr Noor Hisham, terus patuhi SOP iaitu:

S: Syarat-syarat yang ditetapkan
O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P: Penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter.
Selagi rakyat mematuhi perkara ini dan mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan COVID-19 akan dapat diputuskan.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...