Ditembak Kerana Minta Pelanggan Guna Penutup Muka

- Advertisement -

Michigan: Seorang pengawal keselamatan sebuah pasaraya di sini, ditembak mati, dipercayai kerana mengarahkan seorang pelanggan untuk memakai topeng muka sebelum masuk ke sebuah pasaraya, lapor CNN.

Calvin Munerlyn, 43, mati di sebuah hospital setelah ditembak di muka pada hari Jumaat, kata polis.

Dua suspek yang dikaitkan dengan serangan tersebut, masih bebas.

Saksi menyatakan sebelum kejadian, Munerlyn dilihat bertekak dengan seorang pelanggan wanita yang tidak dibenarkan masuk kerana enggan memakai topeng muka.

Pemakaian topeng muka adalah wajib di negeri tersebut.

Akibat tidak dibenarkan masuk, wanita berkenaan meninggalkan premis perniagaan itu. Tidak lama kemudian, 2 lelaki, dipercayai suami dan kawan kepada suami wanita berkenaan kembali semula untuk bersemuka dengan Munerlyn.

Berlaku pertengkaran dan ketika inilah kawan kepada lelaki itu mengeluarkan pistol dan menembak Munerlyn di kepala.

Kedua-duanya lari meninggalkan tempat kejadian selepas itu.

Sepupu Munerlyn, Tina James memberitahu kejadian ini tidak masuk akal sama sekali, hanya kerana topeng muka pembunuhan telah berlaku – CNN.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat