Dua kawasan baru di Selayang, sekitar Chow Kit dikenakan PKPD

- Advertisement -

Dua lagi kawasan di Selayang dan satu di Chow Kit, Kuala Lumpur telah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Malaysiakini difahamkan bahawa Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang, serta Jalan Raja Bot berhampiran pasar Chow Kit dikenakan perintah itu bermula antara lewat malam tadi hingga awal pagi ini.

Perkara itu disahkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Malaysiakini hari ini.

Penduduk di kawasan itu mula memuat naik hantaran berkenaan PKPD di media sosial awal pagi tadi, dengan video menunjukkan pihak berkuasa menutup kawasan itu dengan kawat duri.

Semalam Menteri Kanan (kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di beberapa kawasan di Selayang Baru dan Bandar Baru Utara akan dilanjutkan.

Kementerian Kesihatan pula berkata pasar Chow Kit menjadi kluster baru Covid-19 terbesar, dengan 16 kes daripada penularan tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat