Ketua Pembangkang Gesa Kerajaan Tindak Segera Tangani Kesan Tarif Timbal Balik AS

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyuarakan kebimbangan serius terhadap impak tarif timbal balik (reciprocal tariff) sebanyak 24% yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, perkembangan ini membawa risiko besar kepada ekonomi negara yang kini terperangkap dalam situasi “triple shock” akibat kesan global, cabaran dalaman dan dasar fiskal yang belum disesuaikan.

“Ini adalah perkembangan yang membimbangkan kerana ia menjerumuskan ekonomi negara ke dalam tekanan tiga serangkai atau tripple shock,” kata beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Hamzah, nilai lebihan dagangan negara telah merosot ketara, daripada RM255.10 bilion pada 2022 kepada RM214.10 bilion pada 2023 dan kini RM136.88 bilion pada 2024. Beliau turut merujuk laporan S&P dan Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) yang menunjukkan penyusutan dalam sektor pembuatan selama 20 daripada 27 bulan terakhir.

Beliau menggesa Kerajaan segera melindungi industri eksport, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), daripada kesan negatif tarif, termasuk dengan menimbangkan cukai pengganti (tax delay) dan pemberian bantuan kewangan.

“Langkah segera wajar dipertimbangkan… agar mereka tidak gulung tikar atau mengurangkan bilangan pekerja,” tegasnya.

Hamzah turut menyokong pendekatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menyelaras tindak balas ASEAN secara bersama terhadap dasar perdagangan baharu Amerika Syarikat.

Akhir sekali, beliau menekankan pentingnya pendekatan realistik dan bukan sekadar angka atas kertas:

“Kerajaan tidak boleh berselindung disebalik angka-angka di atas kertas kerana penyelesaian kepada masalah rakyat dan negara bergantung kepada pelan tindakan yang berasaskan realiti, bukan ilusi.”

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat