Zahid kata UMNO tak sempurna tapi tak terdesak seperti Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO ini tidak sempurna tetapi tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya selama ini beliau beranggapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan partinya berdiri atas prinsip ideologi namun rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi.

“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi.

“Kepada mana-mana pihak dalam UMNO yang masih mahu bekerjasama, mempercayai dan mempertahankan Bersatu, mereka harus menilai sendiri segala tindak tanduk politik dan tabiat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu ini yang begitu terdesak mahu kembali jadi Perdana Menteri.

“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian? UMNO ini tidak sempurna. Tetapi kita tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa,” bidas Zahid dalam catatan Facebooknya semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyebut perjumpaan Presiden Bersatu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membongkar niat sebenar Muhiyiddin.

Presiden Bersatu dilaporkan mahu kembali menjadi PM dan mahu kerjasama dengan Parti Pejuang, katanya.

“Presiden Bersatu juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini walaupun tidak ada butiran lanjut.

“Begitu juga dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mengakui beliau dihubungi oleh Pengerusi PN yang dipercayai berkaitan dengan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan dalam pilihan raya umum pada masa akan datang.

“Namun Shafie dilaporkan sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas pengkhianatannya dalam Pakatan Harapan (PH),” ujar Zahid.

Jumaat lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang berkata, Muhyiddin menemuinya meminta bantuan bagi mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri.

Selain Mahathir, Presiden Warisan, Shafie turut mendedahkan bahawa Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat