Lelaki Jerman Terima 90 Suntikan Vaksin, Jual Kad Vaksinasi

- Advertisement -

SAXONY – Seorang lelaki Jerman berusia 60 tahun sanggup menerima suntikan vaksin COVID-19 sehingga 90 kali semata-mata bagi menjual kad vaksinasi

Lelaki itu, yang identiti tidak didedahkan, mengambil risiko berbuat demikian tanpa menghiraukan kesan ke atas badannya kerana ada individu yang enggan mengambil suntikan sanggup membeli kad vaksinasi beliau.

Perbuatannya berjaya dikesan pihak berkuasa apabila lelaki berkenaan mengunjungi sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, Saxony di Jerman untuk mengambil suntikan COVID-19 bagi hari kedua berturut-turut.

Agensi berita Jerman, DPA, melaporkan lelaki itu tidak ditahan tetapi sedang disiasat kerana mengeluarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran, selain memalsukan dokumen berkaitan.

“Polis merampas beberapa kad vaksinasi kosong daripada lelaki berkenaan dan kini sedang membuat persiapan untuk meneruskan prosiding jenayah.

“Susulan mengambil suntikan berkenaan, lelaki itu dengan mudah memperoleh nombor kumpulan vaksin yang sebenar untuk diletakkan dalam kad berkenaan,” menurut laporan sama. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat