Apa Jenama, Kualiti Tablet PerantiSiswa? Syed Saddiq Tanya Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon penjelasan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkenaan jenama dan kualiti tablet yang akan diberikan kerajaan untuk inisiatif PerantiSiswa.

Katanya, semalam Annuar Musa tunjuk tablet untuk inisiatif PerantiSiswa, walaupun sekadar gambar hiasan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia patut jelaskan jenama dan ‘specs’ untuk tablet yang akan diberi.

“Bukan apa, saya risau dengan kualiti tablet yang nak dibagi kerajaan ni.

“Kita nak bagi kepada pelajar yang sangat memerlukan. Bukan senang untuk mereka cari ganti kalau rosak,” kata Ahli Parlimen Muar itu di Facebooknya pada Selasa.

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, kerajaan patut pastikan tablet yang dibagi berkualiti dan tahan lama.

“Lagi penting kalau tablet yang dibagi mestilah ‘common brand’. Kalau rosak, senang nak baiki, senang cari alat ganti.

“Sebab itu, tablet yang saya bagi sebagai contoh Lenovo M10, brand yang sangat common di pasaran. Harga pun lebih kurang RM800 bila saya dapatkan untuk Muar. Kalau beli secara pukal dan terus, mungkin boleh dapat lagi murah.

“Saya mohon penjelasan. Terima kasih,” ucap beliau.

Semalam Annuar berkongsi di akaun Twitternya bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang bekerja keras menyiapkan portal permohonan atas taliab bagi PerantiSiswa yang dijangka dibuka pada 15 April ini.

Urusan perolehan juga sedang diuruskan oleh kementeriannya dan Kementerian Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat