Umairah Dedikasikan “Tak Balik Raya” buat anak perantau

- Advertisement -

Momen perayaan sepatutnya menjadi waktu paling dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga. Namun, realiti kehidupan moden sering kali menghalang hasrat itu. Inilah yang cuba disampaikan oleh penyanyi baharu, Umairah, menerusi single raya pertamanya, Tak Balik Raya.

Lagu ini bukan sekadar dendangan perayaan biasa, tetapi sebuah luahan emosi yang mewakili suara hati ramai anak perantau yang terpaksa berjauhan dari keluarga ketika Aidilfitri. Dengan melodi yang segar serta lirik yang menyentuh perasaan, Tak Balik Raya membawa mesej yang dekat dengan kehidupan ramai orang, terutama mereka yang bekerja di kota besar atau luar negara.

Bagi Umairah, lagu ini amat peribadi. “Sebagai seorang remaja yang kerap berjauhan dengan keluarga atas tuntutan kerjaya dan pembelajaran, saya sangat memahami perasaan rindu pada saat-saat penting seperti Hari Raya. Namun, saya percaya teknologi hari ini membolehkan kita tetap berhubung dengan keluarga walau sejauh mana pun kita berada,” katanya.

Keputusan Umairah untuk memilih lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito ini dibuat dalam masa yang singkat. “Sebaik sahaja saya mendengar demo lagu ini, saya terus jatuh hati. Ia bukan sahaja mempunyai melodi yang menarik, tetapi juga menyampaikan mesej yang kuat,” tambahnya.

Sebagai seorang pemenang kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Umairah melihat lagu ini sebagai peluang untuk lebih dikenali dalam industri muzik tanah air. “Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan, terutama daripada warganet yang memberikan maklum balas positif sejak teaser lagu ini dikeluarkan,” katanya lagi.

Bagi menambahkan daya tarikan, Umairah juga melibatkan rakan-rakan dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur sebagai penari dalam video muzik Tak Balik Raya, yang bakal dilancarkan pada 7 Mac di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia. “Saya mahu berkongsi peluang dengan rakan-rakan saya yang berbakat dalam tarian, kerana seni itu indah apabila dikongsi bersama,” katanya.

Lagu ini turut mendapat sokongan Universal Music Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai pengedar dan mempromosikan lagu ini sepanjang Ramadan dan Syawal. Dengan gabungan melodi segar, lirik bermakna dan sentuhan peribadi daripada Umairah, Tak Balik Raya berpotensi menjadi lagu wajib bagi mereka yang merindui keluarga di kampung halaman.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat