Harith Iskander dan Cecelia Yap Didenda RM10,000 atas Hantaran Jelik

- Advertisement -

Cyberjaya : Pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook, Cecelia Yap, akan dikenakan denda RM10,000 atas hantaran mereka yang dikatakan jelik berkaitan Islam di media sosial pada 18 Januari lalu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kompaun itu dikenakan dengan keizinan Jabatan Peguam Negara (AGC) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.

“Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” menurut kenyataan SKMM.

Kes ini mendapat perhatian apabila lebih daripada 16 laporan dibuat terhadap Harith dan Yap, yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad menerusi hantaran mereka di media sosial.

Kontroversi ini bermula daripada isu penjualan sandwic ham di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya yang dikatakan tidak memiliki sijil halal. Dalam reaksi terhadap isu itu, Harith bergurau bahawa imannya “goyah” selepas melihat menu yang mengiklankan ‘kop ham sap’ kerana mengandungi perkataan ‘ham’. Yap kemudian meninggalkan komen di hantaran Facebook Harith.

Harith telah memohon maaf pada 27 Januari kerana membuat kenyataan yang dianggap tidak sensitif.

Sokong 3 DJ kena tindakan tapi apa perkembangan kes Harith Iskander, Cecillia Yap – Akmal

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat