Tempoh 60 hari, APM perlu beri pentauliahan kepada pengamal media – Zahid

- Advertisement -

BANGI — Angkatan Pertahanan Awam (APM) diminta untuk merealisasikan pentauliahan sukarelawan kepada pengamal media dalam tempoh 60 hari, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata dengan penglibatan ini mampu melonjakkan kreadibiliti pengamal media dalam menyediakan laporan berkualiti di lapangan.

“Untuk para wartwan, APM saya mahu rakan rakan wartawan kita dari pelbagai media cetak, media elektronik dan juga media sosial harus segera ditubuhkan.

“APM untuk fokus media. Saya beri tempoh 60 hari mereka mesti dilibatkan dalam usaha kemanusiaan dalam memberi perkhidmatan lebih menonjol di media masing masing.

“Jangan pernah melupakan media kerana media adalah aset iaitu agensi atau badan yang cukup penting bantu kita, masyarkat dan membantu mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang awam.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Pertahanan Awam Sedunia dan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali ke-72 Tahun 2024 di ibu pejabat APM di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, dalam masa terdekat Zahid akan mengumumkan satu berita gembira berkaitan penjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Jelasnya ini sebagai menghargai jasa anggota badan beruniform yang memainkan peranan penting dalam menangani bencana di dalam mahupun luar negara.

“Saya diminta untuk meminta agar penjawatan tetap diwujudkan di APM dan saya telah mengemukakan permohonan itu secara rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan kita ketahui bahawa keputusannya amat positif. Insya-Allah dalam waktu terdekat ada pengumuman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat