Kor Ming tak pernah serik, lafaz itu hak eksklusif umat Islam – Dewan Ulamak Pas

KUALA LUMPUR – Teguran Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming adalah wajar dan berasas.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Ahmad Yahaya menjelaskan, teguran itu bukanlah melarang secara mutlak penggunaan kalimah tersebut, tetapi bimbang ia sekadar digunakan untuk tipu daya dan boleh mengelirukan umat Islam.

“Dalam Islam, setiap ucapan zikir itu adalah lambang kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ia adalah suatu kalimat yang sangat dimuliakan dalam agama Islam.

“Nga Kor Ming menggunakan kalimah “Alhamdulillah”, sujud syukur dan sebagainya atas nilaian apa sedangkan beliau sendiri tidak beriman kepada Allah SWT. Itu asas yang dibangkitkan. Adakah dia sedar makna sebenar di sebalik apa yang diungkapkan?

“Lafaz Alhamdulillah yang dirujuk itu, Allah SWT yang mana? Adakah Allah yg Esa atau Allah yang ada sekutu?

“Malah, sebelum ini beliau juga menggunakan istilah taubat dan solat hajat yang ditujukan kepada umat Islam.

“Tindakan Kak Lah (Zailah) itu bukan disebabkan faktor emosi. Mana-mana umat Islam yang mendengar ucapan Nga Kor Ming pada hari tersebut pun akan merasai perkara yang sama, seolah-olah kalimat yang agung di sisi umat Islam itu sedang dipermainkan. Ia bukan suatu bentuk lafaz yang membesarkan Allah SWT,” jelas Ahmad.

Kepada siapa puji-pujian yang terkandung dalam lafaz Alhamdulillah tersebut? soal Pesuruhjaya Pas Kedah itu lagi.

“Kepada siapa sujud syukur itu dipersembahkan?

“Nga Kor Ming nampaknya tidak pernah serik dan menggunakannya tanpa batasan.

“Penggunaan kalimah-kalimah yang terkandung dalam syariat termasuklah dalam konteks menterjemah ayat al-Quran secara sewenang-wenangnya serta tidak memahami makna di sebalik apa yang diungkapkan adalah suatu bentuk penghinaan terhadap agama Islam.

“Ini adalah pendirian Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 3 Disember 2010.

“Begitupun Jawatankuasa Fatwa tidak melarang secara mutlak penggunaan kalimah tersebut kepada bukan Islam, namun ia mesti dilakukan secara tertib dan tidak bersifat boleh membawa kepada penyalahgunaan kalimah tersebut secara sewenang-wenangnya,” tegur beliau.

Oleh itu kata Ahmad , Nga Kor Ming tidak perlulah asyik melanggar batasan yang ada. Lafaz itu adalah hak eksklusif umat Islam.

“Untuk kamu agamamu, untuk kami agama kami,” tegas beliau.

Semalam, Siti Zailah mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam pada persidangan Dewan Rakyat.

Siti Zailah (PN-Rantau Panjang) menyifatkan tindakan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-olah mempermainkan kesucian Islam.

“YB dalam penggulungan banyak guna kalimah orang Islam, nak sujud syukur, Alhamdulillah, bersyukur, adakah YB beriman? Adakah percaya dengan Allah? Kami tak mahu kalimah ini dipermainkan.

“Ini seolah-olah sentuh 3R (isu sensitif berkaitan raja, agama dan kaum) yang kami diminta menjaga (percakapan), kami tak nak ia mengelirukan orang bukan Islam, kalau YB orang Islam, saya tak kisah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat