Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM yang baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj. Ahmad telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa mulai 30 Januari lalu.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi adalah merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-19 dari tahun 2022.

“Dengan pengalaman dan reputasi kepimpinan yang dimilikinya , kementerian yakin beliau berupaya meneraju dan memperkasa tadbir urus UPNM terutamanya dalam mengukuhkan pentadbiran organisasi, pembangunan akademik.

“Selain itu, penyelidikan berteraskan sains dan teknologi pertahanan bagi melahirkan bakat terbaik negara khususnya dalam sektor pertahanan dan keselamatan negara, ”kata kenyataan itu pada Selasa.

“Arman Rumaizi pernah menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota serta Panglima Markas 2 Divisyen Pulau Pinang.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2012.

“Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada mantan Menteri Pertahanan pada 2014 hingga 2018,”katanya.

“Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UPNM ke – 7, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad atas jasa bakti beliau menerajui UPNM sebelum ini,”tambahnya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan watikah pelantikan Arman Rumaizi sebagai Naib Canselor UPNM ke-8 disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, dekat sini pada Isnin.

Dalam pada itu, majlis serah terima tugas Ketua Staf Markas ATM ke-20 telah diadakan di antara Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi dan Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Hj. Md Othman disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Jaffar, di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada Selasa.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat